Mari Cari

5.11.2011

Belajar Biarlah Rajin-Rajin

Semasa peperiksaan SRP (zaman persekolahan saya tak ada PMR, mahupun LCE), saya rasa mudah sangat menjawab soalan, Tak perlu bersusah-payah membaca bersungguh-sunguh ataupun guna pemikiran yang dalam pun dah boleh jawab (belagaknya). Pada masa i tu, otak senang sangat nak berfikir, Maklumlah, tak banyak lagi dosa, jadi pelajaran senang masuk, otak senang saja nak proses maklumat.
Habis SRP kena ambil SPM pula, cikgu saya selalu cakap SPM itu peperiksaan yang paling penting dalam kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya tak berapa percaya. Tapi setelah melaluinya sehingga ke hari ini, memang betulah cakap cikgu saya, SPM memang sangat penting, nak sambung belajar, nak minta kerja dan lain-lain, memang penting sangat. Nasib baik masa rumah mak abah saya ditimpa banjir , sijil SPM saya selamat.
Semasa ambil SPM, saya rasa susahnya soalan-soalannya berbanding SRP dulu, cuma subjek Biologi dengan Geografi saja tak perlu baca, yang lain semua kena baca. Pada masa itu, saya telah berjanji dengan diri saya, saya tak akan sambung belajar lagi. Saya dah muak kerana terpaksa berusaha bermati-matian untuk menjawab soalan SPM. Sewaktu percubaan, saya dapat keputusan yang tak begitu membanggakan. Nasib baik lah bila keluar keputusan sebenar lebih baik daripada keputusan peperiksaan percubaan.
Tapi sampai sekarang, saya tak suka tengok berita dalam TV bila keputusan SPM keluar, saya sakit hati tengok bebudak itu cakap memacam, "saya belajar pada larut malam", "saya bangga anak saya dapat 20 A" dan paling saya menyampah sekali " saya buat jadual, dan saya mematuhi jadual yang saya buat"
Selepas SPM, saya kerja macam-macam, ada sekali itu, saya kerja dekatsatu kedai makanan segera tempatan ni, masa itu saya kerja dengan kawan saya. saya ambil shift malam, kawan saya lak shift siang.
Masa kerja dekat situ, amboi, ramainya orang mengorat, tapi tak boleh layan sebab nanti ‘spy-spy’ abah saya dapat tahu.
Mula-mula kerja dekat situ ‘best’. pastu tokey dia mula lah buat perangai. kebetulan masa saya kerja dekat situ, tahun baru cina pun menjelang. ramai lah pelanggan cina datang. Diorang ini suka kasi duit lebih. Kira ‘keep the change’ lah, kawan saya dengan saya punya lah gembira.
Rupa-rupanya riak gembira di wajah dan di kocek kami dapat diperhatikan oleh tokey kami, dia naik ‘jeles ‘lah, sebab kami dapat duit banyak. dia tak puas hati. lalu disuruhnya saya ni membasuh pinggan saja kerjanya. naik mengelupas tapak tangan saya dibuatnya.
Setiap kali ambil pesanan di suruhnya kami tapi bila nak ambil bayaran (bukan kedai layan diri), cepat-cepat dia berlari sebab takut kami dapat tips. walaupun ada satu pinggan dekat sinki, disuruhnya kami basuh. Sebelum itu, dia ada cakap, tak payah basuh selalu, nanti tangan sakit. Ececey, lain pula cerita sekarang nampaknya.
Saya tak boleh tahan dah dengan perangai tokey itu dan adik perempuannya yang lagi teruk perangai drp tokey. Saya hempas pinggan dekat sinki untuk menunjukkan kemenyampahan saya terhadap tokey (amaran: jangan cuba di rumah). dia pun tegur saya, lalu saya dengan jayanya telah meluahkan ketidakpuasan hati saya. selepas itu, saya cepat-cepat suruh abah saya ambil saya balik.
Tokey kata, mana boleh balik awal. saya jawab, boleh dan saya terus blah dengan abah saya. Saya berjanji, esok saya tak akan pergi kerja dan nak mengadu dengan kawan saya yang kerja shift siang.
Esoknya, pagi-pagi buta lagi saya dengar ada orang beri salam, rupa rupanya kawan saya datang dan bagitau dia pun dah marah tokey dan nak berhenti kerja. tak sempat lagi saya cerita apa-apa dengan dia, dia dah ambil tindakan sama ngan saya. saya cakap dekat dia, TAHNIAH, aku pun sama dengan kao. Lepas itu kami gelak sesama.
Lepas kejadian yang memarahkan itu, dengan bangganya kami pergi ke kedai itu semula dan mintak gaji kami dan sebelum blah, kawan saya ajak saya berdoa supaya kedai itu bangkrap (tapi berdoa hanya utk pekara baik saja kan, ok lah tukar perkataan, ‘kami berharap’). Tak lama lepas itu, kedai itu pun bangkrap lah. Sebab utamanya saya rasa kerna sikap tokey itu...yang tah apa-apa. kah kah kah...rasakan.
Sambung Belajar
Bila keputusan SPM keluar, abah saya suruh saya masuk tingkatan 6, saya tak nak belajar dah, tapi dia paksa juga. Terpaksalah saya pergi, susahnya belajar tingkatan 6 ni, pertama kalinya saya kena belajar sorang-sorang, lepas itu kena buat kerja umah sendiri-sendiri (dulu masa dekat hostel tiru kawan-kawan saja). Masa itu saya rasa nak melarikan diri saja. Bila dapat saja tawaran sambung belajar, cepat-cepat saya pergi (walaupun sebelum itu saya dah janji tak nak sambung belajar.
Satu hari itu, saya balik umah mak dengan abah saya (cuti), mak saya kata ada benda dia nak kisahkan pada saya. cara dia cakap macam penting saja. saya pun membuka ruang telinga untuk mendengar dengan jelas apa yang ingin diperkatakan oleh mak saya.
Mak saya kata, masa saya pergi belajar, ada orang tanya dekat dia, boleh tak nak meminang saya. (merisik lah kononnya) mak saya pun jawab: "dia belajar lagi", maknanya tak boleh lah itu. Saya punya lah bengang (dalam hati, tak boleh tunjuk, nanti mak kata "gatainya anak aku ni"). patutnya mak saya terima sajalah. tak payah saya susah2 belajar. Tapi mulut saya cakap dekat mak saya, "ok lah tu".
Saya bukannya nak kawin sangat (tak kenal pun orang yang nak meminang itu sampai sekarang), cuma kalau ada orang meminang, tak payah lah saya belajar.
Itu lah, adik-adik yang belum sambung belajar lagi jangan ikut perangai saya, tak baik, mesti belajar rajin-rajin. Jangan asyik ingat nak kawin saja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan