Mari Cari

12.27.2010

Perekacipta berjaya

kaki aku sudah selangkah masuk ke dalam bidang perekacipta yang berjaya. Produk yang aku usahakan dah dapat nombor fail. Ini pun dah kira okay la bagi aku. Kalau para pensyarah yang mengajar aku kat U dulu tau pasal ini mesti diorang rasa nak pengsan sebab diorang tau la siapa aku ni, kira tak layak lansung la. Tapi produk ini pun bukan aku yang menciptanya pun, aku buat semua ini pun sebab dah terpaksa, tiada siapa yang nak usahakan hingga berjaya, terpaksa lah aku ambil alih.

Dengar cerita lepas ni kena masuk pertandingan pulak, kita tengok jer lah nanti.

12.13.2010

Lelaki Lembut Pesakit Hospital Bahagia Tanjung Rambutan

Ada orang tu buat salah tak mengaku, bila dah ada bukti, ugut nak bunuh-bunuh orang pulak. Pagi ini kerana sakit jiwanya yang tak tertanggung dan agaknya terlupa makan ubat, dia telah membuat aksi melampau untuk menunjukkkan kebencian. Pesakit ini telah membuat aksi seperti ingin berkahak (terlalu ingin!) sepertinya tekaknya telah terkena cuka getah, bunyiny sangat kuat dan menjijikkan. Dan aksi ini telah di buat di tempat yang tak sepatutnya iaitu di bilik 'punch-kad'. Tindakannya itu sungguh kurang sihat lagi tak bermoral. saya pasti dia ingat tindakannya itu telah membantunya meluahkan perasaan bencinya, malangnya dia telah menambah kebencian orang padanya malah melihatkan dia sebagai seorang yang benar-benar tak sihat mental.

12.12.2010

Makan RM4, baki RM6

Saya dan driver pergi makan di sebuah pusat penjaja. Driver makan makanan berharga RM4 dan apabila makanan sampai dia membayar RM1 sebanyak 4 helai. kemudian dia pun makan. Tiba-tiba penjaja datang dan meletakkan RM6 atas meja dan berlalu pergi.

Agaknya dia ingat driver batar RM10 tadi. Driver pun ambil duit dan masukkan dalam poket. Dia kata buat duit minyak motor.

Saya kata kat driver, itu adalah upah untuk dia sebab tolong beratur kat Trafik untuk bayarkan saman saya.

Selama ini saya ingat driver yang langgar lampu isyarat sampai kena saman RM300. Rupa-rupa saya sendiri yang langgar lampu isyarat dekat simpang ofis saya jam 7.15 pagi.

Nasib baik driver ada kawan polis trafik dapat la dia potong barisan skit, kalau tidak berjanggut menunggu.

Saman dah bayar hati pun senang dan dapat upah enam ringgit. Kira OK la tu.

12.11.2010

Aku menaip blog balik

Kali ini aku nak menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul kecuali untuk perkataan yang tiada dalam kamus. Dulu aku menulis dengan membahasakan diri aku sebagai'saya' tapi sekarang ini 'aku'. Kadang-kadang terwsebut saya juga sebab dah terbiasa. maafkan ke'skema' an saya ini.

Kali terakhir aku menaip di blog lama aku adalah pada 22 hb Mei, 2009.

Sudah setahun enam bulan aku tak menaip di blog. Sekarang aku nak mula menaip balik.

Orang kata kita kan mula menulis bila kita ada masalah. Memang aku ada masalah, banyak masalah. Tapi kalau tak ada masalah maknanya kau bukan orang la.

Jadi sebab aku ni orang aku akan menulis. Terima lah tulisan aku seadanya.