Mari Cari

2.12.2011

Kedai Makan yang Membawa Bahaya

Ada beberapa kedai makan yang driver suka tapi saya sangat tidak suka. Kali terakhir saya dan driver ke kedai tersebut, saya telah memberi amaran kepada driver, sekiranya dia membawa saya makan di kedai itu lagi maka saya akan mengetuk kepalanya sebanyak tiga kali. Tetapi semalam setelah sekian lama tak berkunjung ke kedai tersebut, sekali lagi kami mengunjunginya walaupun saya telah menyatakan kepada driver yang saya tak sukakan kedai itu.

Hari hujan, hendak cari tempat parkir pun susah. Setelah sampai dikedai, driver 'order' mee hailam, saya cakap saya tak nak makan tapi driver 'order' ikan bawal, ada ke nak makan mee hailam mahu dimakan dengan ikan bawal, sangat tidak sesuai. Jadi saya terpaksa juga memesan nasi putih dan sayur kangkung belacan.

Menunggu dalah pekara yang paling saya tidak suka. Di kedai ini kita wajib menunggu lama. Bila menunggu lama, macam-macam topik perbualan timbul. Sampai ke hal yang boleh membawa kepada pergaduhan. Saya katakan pada driver kenapa saya tak suka kepada kedai ini. Kerana kedai ini boleh menyebabkan kawan baik putus sahabat, pasangan kekasih berpisah, manakala pasangan suami-isteri pula mungkin akan bercerai terutamanya apabila menunggu terlalu lama agar hidangan siap dengan perut yang lapar.

Makanan pun sampai. Ya. sedap memang sedap. Tiba masa untuk membayar. Ini lagi satu waktu yang saya tak suka. Mahal. Tak padan dengan pesanan. Boleh muflis kalau makan hari-hari di sini. Ya. Sahabat, pasangan kekasih, suami-isteri akan memikirkan kembali keputusan untuk berpisah bila membayar hidangan makanan di kedai ini.

Kesimpulannya, saya kata pada driver, kalau sekali lagi dia ajak saya ke kedai makan ini. Sila cari kerja lain sajalah yer.