Mari Cari

6.13.2011

Otromen

Baru sekejap tadi saya menonton di TV iklan untuk menderma kepada mangsa Tsunami di Jepun.

ini mengingatkan saya masa zaman kanak-kanak saya. Saya selalu tengok cerita Otromen kat Tv. Saya selalu sangka kan yang bandar Jepun hari-hari musnah disebabkan oleh raksaksa. dan hari-hari juga orang kat jepun nun membina semula bangunan yang runtuh.

agaknya itulah juga sebabnya permainan kegemaran saya masa di sekolah asrama dulu adalah menyusun batu mozek tinggi-tinggi membentuk bangunan dan kadang-kadang kalau bosan sangat, saya susun batu tu berturutan dan kemudian jatuhkannya macam Domino.

pasal otromen juga, waktu ada ujian oral bahasa inggeris waktu saya matrik, pensyarah tu tanya nak jadi apa, saya jawab jurutera, dia tanya sebab apa nak jadi jurutera, saya pun naik gelabah, tau tau nak jawab apa. Lain la kalau jawab nak jadi doktor, senang nak jawab sebabnya, iaitu sebab nak tolong orang sakit.

Tiba-tba saya teringat Otromen dan rakyat Jepun yang kasihan. lalu saya jawab saya nak jadi jurutera sebab nak bina bangunan.

sebab itu juga la agaknya, saya ambil jurusan kejuruteraan masa kat U, tapi sampai sekarang satu bangunan pun saya tak bina, mungkin agaknya saya rasa orang Jepun lagi hebat bina bangunan dari saya, satu hari je dah boleh siap satu bandar.

tapi saya bukan belajar kejuruteraan bina bangunan pun.

6.06.2011

Naib Juara Rancangan Realiti

Betul la kata driver, saya ni murah rezeki.

Hari ini kumpulan saya telah menjadi Naib Juara dalam satu pertandingan di tempat kerja saya. Pada mulanya saya cukup tak puas hati dengan panel hakim yang mengadili pertandingan tersebut. nampak sangat tak kompeten, dia tak paham lansung tentang konsep pertandingan yang di adakan. Komen-komen yang diberi jauh sangat larinya dengan garis panduan pertandingan yang telah ditetapkan.

Kumpulan saya dapat giliran kedua terakhir. jadi sebelum kumpulan saya membuat persembahan, saya sempat memberi teguran pada urusetia yang bertugas. urusetia mengaku kesalahan diorang. rupa-rupanya diorang lupa nak buat penerangan ringkas dekat pengadil.

Tak cukup cakap ngan urusetia, saya menyibuk pulak dekat ketua penganjur pertandingan. saya cakap rugi la kumpulan saya berlatih mengikut format yang ditetapkan, sedangkan pengadil tak faham konsep pertandingan.

Tibalah giliran kumpulan saya, pada pandangan saya sebagai penasihat kumpulan, memang la kumpulan saya cukup mantap. tapi saya ngeri nak mendengar komen-komen yang bakal keluar dari mulut pengadil sebab semua kumpulan sebelum ni kena kutuk teruk.

rasa macam masuk rancangan realiti la pula. pengadil akhirnya memberi komen yang baik-baik sahaja. itu pun saya rasa dah cukup lega. maknanya usaha saya membebel merata-rata tak sia-sia.

Sungguh kembang hidung saya sewaktu menerima hadiah piala dengan wang tunai. bangga sungguh sampai terpaksa berlagak dalam blog ni. Kikikiki!

6.05.2011

Pencuri Bawah Bantal

Malam-malam buta ini, saya teringat satu kisah yang menyakitkan hati waktu saya baru masuk tingkatan empat dekat sekolah anak-anak orang kaya.

Masa itu saya baru saja mendaftar sebagai Renjer Puteri, jadi kena lah beli baju seragam warna hijau muda. saya pun bagitau mak saya dan mak saya pun hantar duit melalui pos iaitu wang pos, zaman saya dulu mana ada 'internet banking' segala.

ada hari tertentu akan ada van pos yang datang ke sekolah, jadi saya pun ajak lah seorang kawan se'dorm' dan kalau tak silap nama dia HUDA, temankan saya tukar wang pos dekat van merah pos tu. huda tengok segala proses yang berlaku dan dia tahu saya ada banyak duit sebab mak saya baru hantar.

Saya tahu kalau duduk asrama kena hati-hati, wang kena jaga, kalau tidak boleh lesap. jadi saya pun letakkan duit yang mak saya bagi itu dekat bawah bantal, tempat yang orang lain tak jangka. memang duit saya selamat, siapa pun tak dapat nak curi.

satu hari, tiba-tiba ada 'spot check'. ada anak dato' mana entah hilang 'walkman' dia yang harga ribu-raban. 'warden' bongok pun cepat-cepat suruh konco-konco tenuk dia untuk mengesan pencuri yang bartanggungjawab.

Kalau dah kena cari radio tu cari saja la radio yang nak sibuk cari benda lain tu apasal. Selepas selesai 'spot check', saya dipanggil oleh bonda bongok yang bahlul. ada ke patut dia tuduh saya pencuri semata-mata sebab saya letak duit bawah bantal. Tenuk sangat ke saya kalau mencuri, lepas tu letak pulak hasil curian bawah bantal, lagipun yang hilang bukannya duit tapi radio, radio la bonda, memang nama yang sangat tak sesuai dengan cikgu yang tak berapa cerdik. Ramai la pulak konco-konco bonda bongok ni yang ikut je apa yang dia kata.

untuk menegakkan benang yang kering, saya pun menjemput Huda untuk menjadi saksi kepada saya, bahawa duit yang ada bawah bantal saya itu adalah duit yang di kirim oleh mak saya. tapi malangnya si huda yang lebih tapir dari tenuk ini boleh pula mengkhianati saya. dia boleh kata yang dia tak tau apa-apa. masa itu saya rasa nak penerajang jer perut huda yang ala ala putih dan sedikit gendut itu. Kalau yer pun tak mahu melibatkan diri jangan la sampai menginayai kawan.

Bonda bahlul siap temuramah saya pasal keluarga saya, mak bapa saya kerja apa, dan pelbagai soalan yang tak patut. saya rasa sangat terhina pada ketika itu.

Akhirnya setelah mendengar jawapan saya yang sangat jitu, saya dilepaskan dari tuduhan mencuri yang saya lansung tak buat. tapi huda, kao memang manusia paling tak berguna yang pernah aku kenal. aku harap kau menderita kerana kau suka mengkianati orang lain.

owhhh! sungguh emosional saya malam ini.