Mari Cari

6.06.2011

Naib Juara Rancangan Realiti

Betul la kata driver, saya ni murah rezeki.

Hari ini kumpulan saya telah menjadi Naib Juara dalam satu pertandingan di tempat kerja saya. Pada mulanya saya cukup tak puas hati dengan panel hakim yang mengadili pertandingan tersebut. nampak sangat tak kompeten, dia tak paham lansung tentang konsep pertandingan yang di adakan. Komen-komen yang diberi jauh sangat larinya dengan garis panduan pertandingan yang telah ditetapkan.

Kumpulan saya dapat giliran kedua terakhir. jadi sebelum kumpulan saya membuat persembahan, saya sempat memberi teguran pada urusetia yang bertugas. urusetia mengaku kesalahan diorang. rupa-rupanya diorang lupa nak buat penerangan ringkas dekat pengadil.

Tak cukup cakap ngan urusetia, saya menyibuk pulak dekat ketua penganjur pertandingan. saya cakap rugi la kumpulan saya berlatih mengikut format yang ditetapkan, sedangkan pengadil tak faham konsep pertandingan.

Tibalah giliran kumpulan saya, pada pandangan saya sebagai penasihat kumpulan, memang la kumpulan saya cukup mantap. tapi saya ngeri nak mendengar komen-komen yang bakal keluar dari mulut pengadil sebab semua kumpulan sebelum ni kena kutuk teruk.

rasa macam masuk rancangan realiti la pula. pengadil akhirnya memberi komen yang baik-baik sahaja. itu pun saya rasa dah cukup lega. maknanya usaha saya membebel merata-rata tak sia-sia.

Sungguh kembang hidung saya sewaktu menerima hadiah piala dengan wang tunai. bangga sungguh sampai terpaksa berlagak dalam blog ni. Kikikiki!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan