Mari Cari

6.13.2011

Otromen

Baru sekejap tadi saya menonton di TV iklan untuk menderma kepada mangsa Tsunami di Jepun.

ini mengingatkan saya masa zaman kanak-kanak saya. Saya selalu tengok cerita Otromen kat Tv. Saya selalu sangka kan yang bandar Jepun hari-hari musnah disebabkan oleh raksaksa. dan hari-hari juga orang kat jepun nun membina semula bangunan yang runtuh.

agaknya itulah juga sebabnya permainan kegemaran saya masa di sekolah asrama dulu adalah menyusun batu mozek tinggi-tinggi membentuk bangunan dan kadang-kadang kalau bosan sangat, saya susun batu tu berturutan dan kemudian jatuhkannya macam Domino.

pasal otromen juga, waktu ada ujian oral bahasa inggeris waktu saya matrik, pensyarah tu tanya nak jadi apa, saya jawab jurutera, dia tanya sebab apa nak jadi jurutera, saya pun naik gelabah, tau tau nak jawab apa. Lain la kalau jawab nak jadi doktor, senang nak jawab sebabnya, iaitu sebab nak tolong orang sakit.

Tiba-tba saya teringat Otromen dan rakyat Jepun yang kasihan. lalu saya jawab saya nak jadi jurutera sebab nak bina bangunan.

sebab itu juga la agaknya, saya ambil jurusan kejuruteraan masa kat U, tapi sampai sekarang satu bangunan pun saya tak bina, mungkin agaknya saya rasa orang Jepun lagi hebat bina bangunan dari saya, satu hari je dah boleh siap satu bandar.

tapi saya bukan belajar kejuruteraan bina bangunan pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan