Mari Cari

1.24.2011

Kemamang

Terima kasih orang Pahang, Terima Kasih semua pemandu lori amang. Satu pengalaman yang mengharukan.

Kisahnya bermula begini:

Saya bosan. Driver kata jom jalan-jalan ikut dia buat urusan bisnes dekat Kemamang. Saya kata boleh la, tapi dalam hati saya, saya cuma nak pergi jalan-jalan membeli-belah kat Terengganu. Kalau sampai kat sana, saya tak nak pergi Kemamang sebab Kemamang tak 'best' macam Pasar Payang.

Driver kata lagi, kita ikut jalan baru yer, jalan singkat dari Gua Musang ke Kuala Berang. Kawan driver dah cuba guna jalan tu masa diorang pegi ke Kemamang bulan lepas.

Kami pun teruskan perjalanan ke Gua Musang, lepas tu tanya orang kiri kanan jalan, mana jalan nak pergi ke Terengganu tu. Tanya lain orang lain pulak jawapannya. Jadi kami cuba jaya je la.

dalam perjalanan saya nampak satu jalan baru yang cantik. saya suruh driver guna jalan tu, jalannya catik tapi separuh jalan je. Jalannya tak siap lagi, tapi ada kereta Wira yang guna jalan tu , lain dariada tu semuanya pacuan empat roda.

kami pun ikut la Wira tu, sampailah ke Felda Aring, rupanya Wira tu balik rumah dia kat Felda Aring Satu. Kami tertipu.

Tiada liputan talian telefon yang saya dan driver gunakan di tempat itu, mungkin jugak tak ada lansung liputan untuk talian lain pun. Kami dalam hutan banat kata orang kampung jiran saya.

Saya cuba gunakan GPS, nasib boleh pakai, walaupun GPS tu tak tau nama jalan-jalan dekat situ, sekurang-kurangnya si Timah yang bercakap dalam GPS tu tahu jalan hendak ke Kuala Berang. Kami patah balik dekat simpang yang ada rumah kuning tu.

Lepas tu kami jumpa jalan yang cantik balik. Driver pun apa lagi pecut kereta dengan sewenang-wenangnya. Saya pula tanya driver kenapa pokok kat tepi jalan tu bergerak kuat sangat macam kena ribut, sedangkan angin sepoi-sepoi bahasa je. Driver diam tak menjawab. Kawan-kawan, waktu tu senja ya.

Kami tak tau rupanya jalan yang cantik bukanlah untuk selama-lamanya. jalan yang cantik juga tidak bermakna tak ada lubang yang dalam. Dengan kelajuan yang melampau, dan kehadiran lubang yang dalam, akhirnya, tayar kereta saya pancit ditepi jalan yang sunyi lagi senyap kecuali bunyi reriang dan unggas-unggas rimba yang lain. Tahniah driver.

Sesi seterusnya adalah sesi salah menyalah, driver kata kenapa saya tegur pokok yang bergoyang tu, saya pulak marahkan driver kenapa dia bawa kereta laju sangat. driver kata masa dekat dengan rumah kuning tu, dia nampak seorang budak perempuan pakai baju buruk tepi jalan tu, berdiri seorang diri. tak kisah la budak tu hantu ke orang miskin ker, tapi takkan la jadi hantu pecahkan tayar kereta pula, tak 'hantu' lansung.

Kuala Berang lagi 100 lebih kilometer, nak patah balik jalan kaki, mungkin kena makan harimau tengah jalan. Siapa nak tahu? Tayar 'simpanan' kereta saya a.k.a tayar sotong itu, tidak boleh digunakan kerana saya dan driver tak pernah periksa pun tayar tu sejak kereta ini dibeli. Tahniah sekali lagi kepada saya dan driver. Kami tau tayar tu tak boleh pakai pun, dengan cara yang sangat 'sihat', iaitu setelah 'jek' diturunkan dan tayar sotong itu pun turut turun dengan berat kereta itu sekali. Banyak pengajaran boleh didapati daripada membaca blog saya ini kan, terutamanya kalau awak semua hendak pergi berjalan jauh, kan.....kan...kan.

Kereta jarang-jarang lalu kat kawasan tu, lori kadang-kadang je lalu. kalau tahan kereta pun diorang tak mahu berhenti sebab takutkan perompak.

Tapi driver tahan jugak. Ada la dua buah lori besar behenti, pemandunya Cina, lepas itu satu lori kecil berhenti pemandunya Melayu. Pemandu Cina cakap dia tak ada pam angin tapi dia akan bagitau lori lain, mana lah tau kalau boleh membantu. pemandu Melayu cakap pun tak boleh tolong, tapi dia tolong takutkan kami, katanya baru semalam dia jumpa gajah lepak-lepak kat kawasan kereta saya berhenti tu. Dia kata lagi, perompak pun banyak kat situ, ada orang hilang itu la ini la. akhir sekali dia pesan, kalau ada gajah datang padam lampu kereta, duduk diam-diam dalam kereta tunggu sampai gajah terajang kereta dan mengucap banyak-banyak sebelum mati penyek. Itu yang saya rasa dia patut cakap selain dia salah-salahkan kami sebab tak periksa tayar simpanan. dia kata gajah tak suka cahaya lampu, jadi jangan pasang lampu, nanti kena pijak dengan gajah sebab gajah tak puas hati.

penat la pulak, nanti sambung lagi yer, panjang cerita nih. penuh dengn saspen dan adengan-adengan ranjang eh silap, adengan-adengan ngeri. Tunggu....sambungannya.


ha! nak sambung sikit ni, sikit jer tau, sebab mengantuk.

saya dan driver pun duduk la termenung tepi jalan maut tu, mengenang nasib badan yang bakal dilenyek gajah. tak lama selepas berduka lara, berhentilah sebuah lori yang besar, ada dua orang manusia dalam lori itu, seorang perempuan, seorang lelaki.

Diorang ni pun turun lori sambil tengok-tengok kereta saya yang mlang dan sambil mengenang-ngenang nasib malang tuan punya kereta iaitu saya.

pemandu lori ni namanya man, bininya nama yati (kalau tak silap saya la). diorang ajak kami menumpang lori diorang sampai ke ajil, sebab katanya kat Ajil ada banyak kedai tayar. man kata lagi, kalau tinggalkan kereta tepi jalan kat sini selamat, dijamin takkan hilang. tak ada la pecaya sangat tapi driver tanya saya, nak ikut lori ker atau nak duduk tunggu kereta sampai pagi. saya bagi keputusan yang kami kena ikut lori sambil bawak tayar yang pecah tu ke Ajil, punya la berat tayar kereta dengan rim sukan tu, nasib baik la man banyak membantu.

sambil naik lori kami cerita-cerita la. bini man kata lori diorang bawak amang yang saya tau diorang ini bawak bijih besi. lori tu diorang punya sendiri, harga lori diorang sama macam harga sebiji banglo, gaji diorang pun lebat, tapi diorang ni tak takut pulak nak cerita-cerita kat saya, mana la tau tetiba saya terasa nak jadi perompak ker. saya diam saja sambil dengar cerita diorang. teiba-tiba bini man teka kerja saya, ehhh....hampir la pulak. memang 'terrer' la diorang laki bini ni.

sambil naik-naik lori, man pun cerita lah tentang yuran-yuran yang dia kena bayar kat ala yang itu, kalau nak selamat la katanya. dia siap bagitau berapa yurannya, kat mana nak bayar, berapa tempat yang dia kena bayar sepanjang perjalanannya dr Aring hendak ke pelabuhan di Kuantan. man juga tak segan silu memberi penerangan yang cukup jelas tentang tanda-tanda pelekat yang dipakai setelah membayar yuran. saya kesian juga mendengar cerita man, man siap sedia dengan alasan dan rasioanlnya kenapa dia perlu membayar yuran.

percaya betul si man ngan bininya dekat saya dan driver, semua cerita merbahaya tersebut diceritakan dengan nada yang sungguh ikhlas.

punya la jauh perjalanannya, sambil-sambil tu man tunjukkan najis-najis gajah yang bertaburan kat tepi jalan untuk bukti bahawa gajah memang banyak kat kawasan itu dan bila-bila masa sedia melenyek orang yang relek-relek tepi jalan.

man cerita lagi, kat mana ada jalan runtuh, kat mana ada jalan terbelah dua, kat mana jurang yang dalam dan bahaya. man cerita lagi seorang kawan sepemandu amang pangkat abang daripada dia baru je arwah sebab lori amangnya terlajak masuk gaung yang kami sedang lalu ketika itu. katanya lagi sampai sekarang lori dengan amang-amangnya sekali masih ada dalam jurang itu sebab dalam sangat, jadi tak boleh nak keluarkan lori itu. kawan man itu pulak katanya agak boroi, jadi waktu brek lorinya mula rosak masa nak turun jurang itu, dia tak sempat nak melompat keluar lori disebabkan ruang pengeluaran yang sempit.

punya la bedebar hati saya, waktu man cerita tu, dah la man menambah, hari ni muatan amangnya memang lebih daripada biasa, hai jangan la aku pun aruah sama pada hari itu la pulak.

setelah naik lori seperti siput akhirnya kami sampai dekat Ajil lebih kurang 2 pagi. mana ada kedai buka jam 2 pagi. duduk la kat situ saya dengan driver sambil memeluk tayar kereta berrim sukan.

dalam pukul 3.30 pagi ada la pulak kereta peronda polis lalu kat kawasan situ, driver dah tertidur tepi jalan, terpaksa lah saya beramah mesra dengan dua org polis ajil yang agak kacak itu.saya pun cerita lah kejadian yang berlaku. polis kacak siap tanya saya, apa warna kereta saya. dia menambah, dulu pun dia pernah tinggalkan kereta dia dekat kawasan situ, keretanya warna perak, besoknya dia tengok kereta nya dah kena lenyek dengan gajah, rasionalnya warna kereta tersebut bersinar bila kena cahaya bulan, gajah rasa tercabar lalu dihantamnya kereta itu, nasib baik kereta saya warna hitam.

nanti kita sambung lagi yer