Mari Cari

5.21.2011

Nombor Lapan

Rumah yang saya duduk sekarang nombornya satu enam lapan (168). Nombor ini dikatakan amat bertuah bagi orang cina. Nombor ini juga sama dengan nombor matrik saya masa saya belajar dekat kolej dulu.

Disebabkan bertuah sangat nombor rumah yang saya tengah tinggal sekarang ini, pernah di suatu tengahari yang hening, tiba-tiba pintu rumah saya diketuk. Saya buka tingkap, takut jurujual yang datang, tapi yang kelihatan seorang apek tua. Beliau menaiki sebuah basikal 'chopper' yang kelihatan setua dirinya.

Apek itu berkata," Saya mau bili ini lumah la, ini nombor manyiak ong la". Saya tutup tingkap dan buat tak tau saja. Malas nak layan benda mengarut, lagipun ini bukan rumah saya.

Hari ini pula, saya telah bayar deposit untuk rumah bernombor lapan, harap-harap apek tua tu tak datang lagi nak beli rumah saya sebab ia ala manyiak ONG

5.18.2011

Koperasi Sekolah Saya

JAGA KOPERASI I

Semasa saya berada dalam tingkatan dua, saya bertugas menjaga koperasi. Saya bertugas dengan kawan baik saya WANI, WANI ni minat kat mat Terap, tapi dia tak kahwin ngan mat Terap pun, dia minat mat Terap (tiarap) sebab arwah ayah dia dulu bekerja sebagai mat Terap.
Pada suatu hari, cikgu koperasi sekolah iaitu cikgu KADIR, telah datang ke sekolah dengan berbaju panas/sejuk (sweater). Itulah pertama kali si WANI melihat cikgu memakai sweater baru berjenama terkenal (sikit saja).
WANI nak bodek cikgu KADIR, dia kata"Waaaa...hari ni cikgu pakai baju Cikah"
Saya yang berada di samping WANI, tergelak besar mendengar kata-kata dari mulut WANI. Itu la, nak bodek tapi kurang pengetahuan.
WANI terpingga-pingga melihat saya ketawakan dia. Sepatutnya dia sebut baju 'CHEETAH", bukannya cikah.
Kesian WANI, cikgu KADIR tak senyum pun kat dia. Agaknya marah ada la.

JAGA KOPERASI II

Semasa saya jadi jaga koperasi saya dalam tingkatan 2. umur saya 14 tahun. Agaknya masa tu saya comel (perasan). Semasa tingkatan 2, saya bersekolah sesi petang, Sesi pagi untuk pelajar tingkatan 4, 5, 6 bawah dan atas.
Sewaktu saya menjadi jaga, saya menjual pelbagai alatan sekolah, gula-gula, makanan ringan dan sebagainya.
Suatu hari sewaktu berdiri di kaunter, seorang kawan cakap kat saya ada abang dari tingkatan 5 kirim salam. Saya diam saja, sebab saya datang ke sekolah untuk belajar bukannya nak berkenalan dan menggatal (kononnya pada masa tu).
Pada suatu hari yang lain sewaktu saya menaiki bas untuk pulang ke rumah mak abah saya (sekolah asrama), saya duduk bersendirian. Tiba-tiba ada seorang jejaka berkulit hitam datang duduk di sebelah saya.
Dia tanya jam pukul brapa, saya diam saja sebab saya tau dia nak mengorat saya. Lepas itu dia tanya nama saya siapa. Saya diam juga kerana saya jual mahal. Dia paksa saya bagi tau nama saya, katanya kalau tak bagitau dia akan menjerit dalam bas itu.
Saya sangat terpaksa bagitau nama saya. Selepas itu, dia terus turun dari bas.
Esoknya sewaktu saya bertugas menjadi jaga, abang hitam itu datang ke koperasi pula. Rupa-rupanya dia pelajar tingkatan lima. Dia ponteng kelas kerana nak meng’ayat’ saya di koperasi.
Saya rasa menyampah dan terganggu. saya panggil cikgu KADIR, dan menjerit: " Cikgu! Tolong ada orang hitam kacau!"
Cikgu KADIR berlari datang kepada saya, mungkin cikgu KADIR ingat ada org minyak datang nak ganggu jaga koperasi.
Abang Hitam pun lari tunggang langang dan jatuh sekali atas lantai simen. Dia berlari dengan pantas ke kelasnya balik.
Petang itu, Abangg Hitam panggil nama saya dari luar pagar asrama puteri, saya rasa nak baling dia ngan nasik basi.
Esoknya pulak, dia ganggu saya waktu perhimpunan dengan muka tak malu. Hari-hari dia kacau saya.
Akhirnya selepas SPM, saya dengar dia telah kerja sojar dan dia bertambah hitam.

Kamus Cike:
*Mat Terap: askar/tentera/soldadu/sojar
*Cikah: binatang dari species monyet/kera/ungka/kongkang/mawas/orang utan, bigfoot/yeti

5.11.2011

Belajar Biarlah Rajin-Rajin

Semasa peperiksaan SRP (zaman persekolahan saya tak ada PMR, mahupun LCE), saya rasa mudah sangat menjawab soalan, Tak perlu bersusah-payah membaca bersungguh-sunguh ataupun guna pemikiran yang dalam pun dah boleh jawab (belagaknya). Pada masa i tu, otak senang sangat nak berfikir, Maklumlah, tak banyak lagi dosa, jadi pelajaran senang masuk, otak senang saja nak proses maklumat.
Habis SRP kena ambil SPM pula, cikgu saya selalu cakap SPM itu peperiksaan yang paling penting dalam kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya tak berapa percaya. Tapi setelah melaluinya sehingga ke hari ini, memang betulah cakap cikgu saya, SPM memang sangat penting, nak sambung belajar, nak minta kerja dan lain-lain, memang penting sangat. Nasib baik masa rumah mak abah saya ditimpa banjir , sijil SPM saya selamat.
Semasa ambil SPM, saya rasa susahnya soalan-soalannya berbanding SRP dulu, cuma subjek Biologi dengan Geografi saja tak perlu baca, yang lain semua kena baca. Pada masa itu, saya telah berjanji dengan diri saya, saya tak akan sambung belajar lagi. Saya dah muak kerana terpaksa berusaha bermati-matian untuk menjawab soalan SPM. Sewaktu percubaan, saya dapat keputusan yang tak begitu membanggakan. Nasib baik lah bila keluar keputusan sebenar lebih baik daripada keputusan peperiksaan percubaan.
Tapi sampai sekarang, saya tak suka tengok berita dalam TV bila keputusan SPM keluar, saya sakit hati tengok bebudak itu cakap memacam, "saya belajar pada larut malam", "saya bangga anak saya dapat 20 A" dan paling saya menyampah sekali " saya buat jadual, dan saya mematuhi jadual yang saya buat"
Selepas SPM, saya kerja macam-macam, ada sekali itu, saya kerja dekatsatu kedai makanan segera tempatan ni, masa itu saya kerja dengan kawan saya. saya ambil shift malam, kawan saya lak shift siang.
Masa kerja dekat situ, amboi, ramainya orang mengorat, tapi tak boleh layan sebab nanti ‘spy-spy’ abah saya dapat tahu.
Mula-mula kerja dekat situ ‘best’. pastu tokey dia mula lah buat perangai. kebetulan masa saya kerja dekat situ, tahun baru cina pun menjelang. ramai lah pelanggan cina datang. Diorang ini suka kasi duit lebih. Kira ‘keep the change’ lah, kawan saya dengan saya punya lah gembira.
Rupa-rupanya riak gembira di wajah dan di kocek kami dapat diperhatikan oleh tokey kami, dia naik ‘jeles ‘lah, sebab kami dapat duit banyak. dia tak puas hati. lalu disuruhnya saya ni membasuh pinggan saja kerjanya. naik mengelupas tapak tangan saya dibuatnya.
Setiap kali ambil pesanan di suruhnya kami tapi bila nak ambil bayaran (bukan kedai layan diri), cepat-cepat dia berlari sebab takut kami dapat tips. walaupun ada satu pinggan dekat sinki, disuruhnya kami basuh. Sebelum itu, dia ada cakap, tak payah basuh selalu, nanti tangan sakit. Ececey, lain pula cerita sekarang nampaknya.
Saya tak boleh tahan dah dengan perangai tokey itu dan adik perempuannya yang lagi teruk perangai drp tokey. Saya hempas pinggan dekat sinki untuk menunjukkan kemenyampahan saya terhadap tokey (amaran: jangan cuba di rumah). dia pun tegur saya, lalu saya dengan jayanya telah meluahkan ketidakpuasan hati saya. selepas itu, saya cepat-cepat suruh abah saya ambil saya balik.
Tokey kata, mana boleh balik awal. saya jawab, boleh dan saya terus blah dengan abah saya. Saya berjanji, esok saya tak akan pergi kerja dan nak mengadu dengan kawan saya yang kerja shift siang.
Esoknya, pagi-pagi buta lagi saya dengar ada orang beri salam, rupa rupanya kawan saya datang dan bagitau dia pun dah marah tokey dan nak berhenti kerja. tak sempat lagi saya cerita apa-apa dengan dia, dia dah ambil tindakan sama ngan saya. saya cakap dekat dia, TAHNIAH, aku pun sama dengan kao. Lepas itu kami gelak sesama.
Lepas kejadian yang memarahkan itu, dengan bangganya kami pergi ke kedai itu semula dan mintak gaji kami dan sebelum blah, kawan saya ajak saya berdoa supaya kedai itu bangkrap (tapi berdoa hanya utk pekara baik saja kan, ok lah tukar perkataan, ‘kami berharap’). Tak lama lepas itu, kedai itu pun bangkrap lah. Sebab utamanya saya rasa kerna sikap tokey itu...yang tah apa-apa. kah kah kah...rasakan.
Sambung Belajar
Bila keputusan SPM keluar, abah saya suruh saya masuk tingkatan 6, saya tak nak belajar dah, tapi dia paksa juga. Terpaksalah saya pergi, susahnya belajar tingkatan 6 ni, pertama kalinya saya kena belajar sorang-sorang, lepas itu kena buat kerja umah sendiri-sendiri (dulu masa dekat hostel tiru kawan-kawan saja). Masa itu saya rasa nak melarikan diri saja. Bila dapat saja tawaran sambung belajar, cepat-cepat saya pergi (walaupun sebelum itu saya dah janji tak nak sambung belajar.
Satu hari itu, saya balik umah mak dengan abah saya (cuti), mak saya kata ada benda dia nak kisahkan pada saya. cara dia cakap macam penting saja. saya pun membuka ruang telinga untuk mendengar dengan jelas apa yang ingin diperkatakan oleh mak saya.
Mak saya kata, masa saya pergi belajar, ada orang tanya dekat dia, boleh tak nak meminang saya. (merisik lah kononnya) mak saya pun jawab: "dia belajar lagi", maknanya tak boleh lah itu. Saya punya lah bengang (dalam hati, tak boleh tunjuk, nanti mak kata "gatainya anak aku ni"). patutnya mak saya terima sajalah. tak payah saya susah2 belajar. Tapi mulut saya cakap dekat mak saya, "ok lah tu".
Saya bukannya nak kawin sangat (tak kenal pun orang yang nak meminang itu sampai sekarang), cuma kalau ada orang meminang, tak payah lah saya belajar.
Itu lah, adik-adik yang belum sambung belajar lagi jangan ikut perangai saya, tak baik, mesti belajar rajin-rajin. Jangan asyik ingat nak kawin saja!

5.05.2011

Banjir

Balik kerja, banyak tempat banjir, saya patah balik, takut nak tempuh banjir. takut termasuk dalam longkang lagi, kali ini mana tau lebih parah, termasuk dalam sungai.

Biar lambat sampai rumah, asalkan selamat.

5.04.2011

Jarum Emas 916

Sekarang ini harga emas melambung naik. Dulu-dulu orang perempuan saja yang sibuk membeli emas, orang lelaki pulak asyik marah-marah kalau iorang perempuan minta beli emas. Sekarang ini orang lelaki pula sibuk beli emas, lambat sangat baru nak sedarnya. Tapi taka pa, lebih baik sedar daripada tak sedar
Saya pun ada juga beli emas dalam bentuk perhiasan, sebagai simpanan dikala memerlukan. Saya beli emas 916, tak ada batu, tak ada hiasan. Bukan apa, senang kalau nak jual balik. Kalau perlu la. Pakai sekali-sekala saja, kalau pakai selalu sangat rasa rimas pula, susah nak menaip.
Pendahuluan panjang lebar, tapi saya bukan nak sangat cerita pasal emas ni, tapi saya nak cerita pasal pokok jarum mas.
Saya ini dari tingkatan satu duduk kat asrama, peraturan ketat, asyik kena paksa belajar siang malam. Bila masuk matrik punya la seronok, tak ada orang nak kawal sama ada kau nak baca buku ke tidak. Saya pun apa lagi, terasa bebas sebebas-bebasnya.
Apa yang saya buat masa matrik dulu, orang lain sibuk baca buku, saya pulak sibuk hari-hari mencangkung kat padang sebelah asrama, mencari pokok jarum mas. Rasa macam seronok sangat daripada baca buku. Asyik mencari pokok yang kecil-kecil itu walaupun tak tau dapat pulangan ke tidak.
Saya pun kumpul banyak-banyak, bawa balik bagi kat mak saya, mak saya simpan, bukannya jual, lama-lama mak saya simpan dalam tong sampah saja. Sepuluh sen pun tak dapat.

5.02.2011

Gondola Genting

Minggu lepas, rasa nak jalan-jalan kurangkan wang. dalam perjalanan terasa lapar lalu saya mencadangkan kepada driver agar singgah sebentar kat gerai burger adik saya, burger dia boleh tahan sedap. lagipun bole order ikut sesuka hati sendiri. tapi bayar kena lebih sikit la sebab kesian dengan usahawan yang baru mula nak berniaga, kena kasi semangat sikit, motivasi kata jiran belah kiri rumah saya.

saya bagitau adik saya yang saya nak jalan-jalan, dia sanggup tutup gerai burger sebab nak ikut sekali. mak saya yang tungu kat pintu pagar rumah pun buat muka kesian macam nak ikut jer, jadi ajak la sekali.

Malam tu tidor rumah kakak saya, besok paginya terus ke Genting, mak saya teringin pulak nak naik kereta kabel, rasa kesian la pula. adik saya mati-mati tak nak naik, gayat le tu. dia kata dia sanggup tunggu kat stesen tu sampai kitorang balik.

driver kesian kat adik saya jadi diorang berdua berkereta je la naik ke puncak Genting.

Saya tak pernah naik kereta kabel kat Genting. Kalau Langkawi pernah la. main terjah jer. orang beli tiket, saya beli tiket RM5 untuk satu perjalanan. Orang naik lif, saya ngan mak saya naik lif. Jumpa la tempat parking. Tu la berat mulut nak bertanya. Keluar lif pusing-pusing, jumpa la tempat pelancaran kereta kabel, orang tak ada la ramai sangai, kononnya.

Beratur punya la lama, bersimpang-siur jalannya, dah la penuh dengan pelancong Timur Tengah. Mask saya releks aje, macam tak penat jer, agaknya semangatnya berkobar-kobar nak naik gondola. saya rasa macam nak melompat keluar dari barisan dan balik rumah tidur atas tilam, tentulah lagi seronok daripada beratur macam itu. Tapi sebab kesian tengok mak saya, saya turutkan juga la.

akhirnya sampai juga lah giliran kami, naik la kerete kabel tu, mak saya sangat suka hati. saya tak rasa gayat sebab rendah rupaya kerete kabel Genting ni, lepas tu banyak tiang, tak macam kat Langkawi nun, sayup.

sampai kat atas , kitorg tunggu kereta sampai dan turun balik ke tanah bumi melalui jalan Batang kali, sampai kat air terjun kitorg berenti dan brek kereta saya berasap. tahniah. Ini adalah kali ketiga saya ke genting Highlands.

saya suka baca buku biografi Lim Goh Tong

Saya dah ada 'follower'

Terima kasih Iza Su, tak sangka ada juga orang membaca blog ni. Jemput datang lagi ye, ajak kawan ramai-ramai lagi ye.Mana la tau lepas ni saya boleh jadi kaya lepas jual buku yg diadaptasi dari blog saya pulak. Doakan ye.

Polis tahan aku

Hari ni saya kena tahan dengan polis jam 4.30 pagi. Apa ke s**nya. Tahun lepas rasanya la, saya kene tahan dengan JPJ. Agaknya diorang ni tahu saya dah naik pangkat. Nasib tak kena saman.

Polis tu tanya saya kenapa bunyi enjin kereta kasar sangat, pakai diesel ker? Ada ke patut kereta 'hybrid' saya ni dikatanya pakai diesel. Terpaksa la saya cerita kat dia, sebulan setelah kereta tersebut dibeli ia dengan sengajanya telah memasuki longkang atas arahan saya sewaktu hujan lebat dimana saya tidak dapat mengesan di mana kedudukan longkang di bandar di mana kedua ibu bapa saya tinggal.

p/s: saya tak ada kereta 'hybrid', saya cuma angan-angan.