Mari Cari

6.27.2012

Hari Pembalasan

Sunnguh ku tidak menyangka, hari ini bakal mencatat sejarah. Setahun dulu, agaknya la, aku pun dah lupa, pakcik kat opis aku ni pernah mentong sampahkan cadangan aku dalam mesyuarat kecil sedangkan cadangan aku tu punya la bagus lagi bermanafaat, siapa lagi nak puji cadangan aku kalau bukan aku sendiri kan. pakcik tu tanak terima cadangan aku atas sebab peribadi, untuk lebih jelasnya, atas sebab dia tak suka aku, apa dia ingat aku suka sangat dia, sebelum dia tak suka aku, aku dulu tak suka semuanya pasal dia, hahahaha.gelak penjahat sikit.
hari ini sewaktu mesyuarat besar, hahahaha, pakcik itu telah memalukan dirinya sendiri, tak payah aku penat-penat nak rangka strategi nak mengenakan dia ataupun bahasa mudahnya membalas dendam.malahan ini bukan kali pertama, ini adalah kali kedua, tapi kali ini sungguh best kerana dia telah mengatakan bahawa dirinya itu sampah kerana boss besar buat tak peduli jer pasal dia walaupun kata pakcik itu yang dia telah buat macam-macam kerja untuk boss, dan katanya lagi, bila boss besar susah, dia lah yang dipanggil untuk membantu, namun begitu jasanya tak pernah dikenang, hahahaha, itulah balasannya untuk orang yang perasan bagus tapi dia memang sikit pun tak bagus, buat kerja tak ikhlas, asik nak kan balasan dan pujian. hahahahahaha. dan yang paling best ekali, aku tau boss besar memang ngam ngan aku. hahahahahaha,  nah rasakan kao pakcik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan